Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Wednesday, 1 February 2017

HOT! HARGA MINYAK...? SIAPA YANG PUTAR BELIT...?

PEMBANGKANG pimpinan DAP tetap memutarbelitkan isu berkenaan harga minyak walaupun mekanisme yang diguna pakai kerajaan sekarang merupakan antara cara yang pembangkang desak untuk dilaksanakan dalam menentukan pergerakan harga minyak.

Malah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Ismail mengesa agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tampil menjelaskan rasional kenaikan harga minyak mentah hari ini pula. Menurutnya, kenaikan harga bahan bakar bagi bulan Februari ini adalah tidak munasabah dan meminta agar Najib segera tampil memberikan penjelasan.

Kerajaan Barisan Nasional tidak hipokrit seperti pembangkang yang diketuai DAP. Mereka menolak semua perancangan kerajaan walaupun ianya membawa kebaikan kepada rakyat dan negara. Berlainan pula dengan kerajaan Barisan Nasional yang akan mengunakan apa sahaja cadangan yang mampu membawa manfaat kepada rakyat.

Pembangkang mendesak kerajaan mengunakan kaedah apungan untuk mendapatkan kelebihan ketika harga minyak dunia turun namun kini mereka “melalak” pula apabila harga minyak dunia naik maka secara otomatik harga minyak negara kita turut naik.

Harga tersebut tidak sepenuhnya dalam kawalan kerajaan sebagaimana pembangkang yang diketuai DAP mahukan sebelum ini namun persoalannya mengapa mereka masih lantang bersuara menyalahkan kerajaan? Jawapan memang mudah, sememangnya itu lah mentaliti pembangkang yang dipimpin DAP lebih suka menyalahkan segala-galanya pada kerajaan sebagai jalan mudah untuk mendapatkan “political milage”.

Menerusi mekanisme pengapungan terkawal yang dilaksanakan sekarang, harga minyak di negara ini masih antara yang terendah berbanding negara jiran, selain kerajaan tidak mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ke atas bahan api tersebut.

Buat masa ini kerajaan akan meneruskan penetapan harga runcit untuk petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal yang dilaksanakan sejak 1 Disember 2014.

Berkuatkuasa hari ini, harga runcit Petrol RON95 dan RON97 naik sebanyak 20 sen manakala harga runcit diesel meningkat sebanyak 20 sen. Sebelum ini, pada 1 Januari lalu, harga runcit petrol RON95 dan Diesel naik sebanyak 20 sen manakala harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 15 sen.

Selepas pembangkang yang diketuai DAP mendesak kerajaan mengunakan harga apungan minyak dunia kini mereka mengesa agar pihak Kerajaan pertimbangkan semula subsidi minyak pula.  Hidup pembangkang memang penuh dengan hipokrasi dan kemunafikan.-SUMBER

Bro: Mohon dijauhkan dengan KEMUNAFIKAN ini!

No comments:

Post a Comment