Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Wednesday, 1 February 2017

Apa Kes??? Lagi 3 negeri fail tindakan ke atas Trump

Selepas Washington, tiga lagi negeri dilaporkan akan mengikut jejak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pentadbiran Donald Trump susulan pelaksanaan dasar imigresen yang menyekat rakyat daripada tujuh negara majoriti Islam masuk ke negara itu.

Tiga negeri itu adalah Massachusetts, New York dan Virginia yang menolak perintah eksekutif yang didakwa Rumah Putih perlu untuk meningkatkan keselamatan negara.

Cabaran perundangan dibuat berikutan perintah itu melanggar Perlembagaan AS yang menjamin kebebasan beragama.

San Francisco menjadi bandar AS pertama menyaman untuk mencabar arahan Trump untuk menahan pengeluaran wang persekutuan dari bandar-bandar di Amerika Syarikat yang mengguna pakai dasar perlindungan terhadap pendatang tanpa izin.

Pegawai tempatan mendakwa ia membantu polis kerana pendatang menjadi lebih bersedia untuk melaporkan sebarang jenayah.

Langkah undang-undang itu adalah bantahan terbaru terhadap perintah eksekutif yang ditandatangani Trump minggu lalu hingga mencetus gelombang protes di bandar-bandar utama AS.

Kedua-dua dasar itu adalah selaras dengan janji-janji kempen ahli perniagaan Republikan yang kini menjadi ahli politik, Trump yang berikrar membina tembok di sempadan Mexico untuk menyekat pendatang tanpa izin dan bertindak tegas dalam mencegah serangan pengganas di Amerika Syarikat.

Peguam Negara New York dan Virginia berkata negeri mereka turut menyertai tindakan undang-undang sama yang difailkan di mahkamah persekutuan masing-masing bagi mencabar larangan itu.-sumber

No comments:

Post a Comment