Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Tuesday, 24 January 2017

#whysoserious? "TIADA ISTILAH PERANGKAP PEMINAT" - NEELOFA

Sejak drama Suri Hati Mr Pilot gandingan antara aktres cantik Hajah Noor Neelofa dan pemuda tampan iaitu Fattah Amin menjadi, ramai peminat berharap agar mereka bercinta dan disatukan.

Bagaimanapun, soalan itu telah diajukan beberapa kali oleh pihak media dan jawapan sama juga diberikan pada setiap pertemuan iaitu 'doakan yang baik-baik'.

Terbaru ada juga yang mengatakan jawapan selamat Lofattah itu sekadar untuk menyelamatkan diri daripada kehilangan peminat.

"Secara peribadi bagi saya peminat itu adalah sumber rezeki dan saya tak rasa mereka terpaksa untuk menyukai kami.

"Jadi di sini juga memang tak ada istilah perangkap ataupun menipu peminat. Kami ikhlas buat perkara yang sama seperti mana peminat menerima kami," terang Neelofa.

Seperti biasa bak kata pasangan Lofattah, kita doakan yang baik-baik sahaja ok.-sumber

No comments:

Post a Comment