Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Tuesday, 17 January 2017

Wakil PAS Jelaskan Kejadian Dalam Mesyuarat 12 Mac 2015 Punca Perpecahan Pakatan Rakyat


Exco Kerajaan PAS Negeri Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud menceritakan apa yang berlaku dalam mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) yang dikatakan sebagai punca perpecahan gabungan PAS, DAP dan PKR itu.


“(Pada) 12 Mac (2015), tiga orang wakil kerajaan negeri (Kelantan) dijemput untuk beri taklimat kepada ahli-ahli Pakatan Rakyat di bangunan Parlimen.

“Saya, Datuk Takiyuddin (Hassan) dan Datuk Dr (Mohamed) Fadzli (Hassan) datang beri taklimat di bangunan Parlimen.

“Membentangkan (bahawa) kita (PAS) akan membuat pindaan (Enakmen) Kanun Jenayah Syariah II pindaan 2015. Kita akan bawa dalam (sidang) Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan bersidang (pada) 16 Mac,”jelasnya.

Tambahnya, sebaik sahaja cadangan draf pindaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) itu dibentangkan dalam mesyuarat PR, DAP menolak mentah-mentah perundangan tersebut.

“Dalam pindaan ini hanya kena (hukum) orang Islam sahaja dan orang bukan Islam tidak dikenakan (hukuman). (Orang bukan Islam) tidak terlibat langsung.

“Sepatutnya, dia (DAP) kena bersetujulah. Sebab kita baiki ke arah yang lebih baik dan mengikut apa yang disuarakan oleh orang dia (bukan Islam) suarakan sebelum ini.

“Dia (DAP) kata dia tetap tidak bersetuju dengan hudud dan tidak akan menyokong. Tidak setuju dibawa dan akan menentang.”

Jelas Nassuruddin, hudud telah diluluskan oleh sidang DUN Kelantan pada tahun 1993 sebelum penubuhan PR lagi jadi tiada sebab PR perlu menghalang perundangan itu dipinda dan dibawa ke sidang DUN Kelantan semula.

Menurut sumber selain wakil DAP, pimpinan PKR juga turut hadir dalam mesyuarat tersebut iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan juga Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin.

“Kita (PAS) kata tak setuju pun kita nak bawa juga (dalam sidang DUN Kelantan)..Dia kata kalau bawa juga pecahlah (PR).

“Dia kata, ingat dalam negeri dalam PR ini ada tiga negeri (Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor). Ada wakil rakyat yang membuat kenyataan itu. (Seorang) Ahli Parlimen. Saya tidak mahu sebut namanya, (tetapi) seorang Melayu (PKR ?) yang mengeluarkan kenyataan itu.

“Lepas pada (kritikan) yang itu (DAP), yang Melayu (PKR ?) jadi tukang sokong (DAP).”

Tambahnya lagi, tiada sebarang perjanjian bertulis daripada ketiga-tiga parti, DAP, PKR dan PAS yang menghalang parti Islam untuk memperjuangkan hudud dalam sidang DUN.

“Tidak ada perjanjian pun. Dia kata ada. Bila dia kata ada dalam minit mesyuarat, Datuk Mustafa Ali pun kata baca baik-baik minit itu.

“Orang DAP, wakil rakyat dia pun baca. Apabila dibaca, rupa-rupanya bukan keputusan (yang dipersetujui bersama). Itu hanya pandangan (Setiausaha Agung DAP) Lim Guan Eng. Dia kata kalau tiga-tiga parti tidak bersetuju sebarang perkara tidak boleh dibuat.

“Datuk Mustafa Ali kata itu bukan keputusan. Itu adalah pandangan. Pandangan tidak semestinya keputusan.”-sumber

2 comments:

  1. Sikit sangat puncanya.

    Yang DAP tu memanglah sah bahalol tetapi kenapa PAS tidak bijaksana.

    ReplyDelete
  2. ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
    ALHAMDULILLAH..!!
    saya bersyukur kpd Allah SWT.
    atas keberhasilan PENARIKAN UANG
    GHAIB.setelah melalui proses panjang &
    sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
    alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
    kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
    UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
    setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
    dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
    ( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
    dngan catatan:
    1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
    2.tidak untuk memperkaya diri
    3.sanggup menyiapkan satu ekor sapi jantan,(sebagai pengganti tumbal)
    --------------------------------------------------
    bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
    silahkan menghubungi (PAK KYAI MAULAN ) DI NMR
    ( 085-210-001-377 )
    atau Atau klik disini
    Atau mau di bantuh togel 2D 3D 4D 5D 6D di jamin 100% tembus

    ReplyDelete