Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Friday, 20 January 2017

VIDEO JELAS TUN M KATA DAP NAK JAWATAN TPM...


DAP ini bukanlah kuat sangat.... - TUN M
Cuba kalian nilai kan sendiri video ini...


SIAPA CAKAP BENAR, SIAPA PENIPU...????? BACA JUGA ARTIKEL INI....

DAP tidak mahu kerusi perdana menteri sebaliknya mengidamkan jawatan nombor dua negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) didakwa berkata DAP mengakui sukar mendapat sokongan orang Melayu untuk jawatan perdana menteri, lapor Berita Harian.

Portal itu memetik laporan AntaraPos yang mendakwa DAP tidak pernah memohon jawatan nombor satu kepemimpinan negara tetapi hanya mahu jawatan kedua.

“Mereka (DAP) terang-terang kata kepada saya, bangsa Cina ini minoriti dalam negara ini… dan DAP tidak pernah minta menjadi perdana menteri,” katanya dilaporkan. “Tapi kalau [jawatan] timbalan itu, adalah [diminta]...”

Beliau didakwa berkata sedemikian dalam program di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya malam tadi.

Bagaimanapun DAP hari ini menafikan parti itu mahu jawatan timbalan perdana menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya umum nanti, lapor Malaysiakini.

Setiausaha agungnya Lim Guan Eng menegaskan DAP tidak pernah berbincang mengenai perkara tersebut.

“Kami tidak pernah bercakap tentang jawatan dalam kerajaan,” katanya dalam sidang media di George Town ketika mengulas laporan portal akhbar berkenaan.

“Kami tidak membincangkan tentang jawatan timbalan perdana menteri atau tentang apa-apa jawatan dalam kabinet.”

Susulan berita AntaraPos itu, pemimpin Umno berpandangan cita-cita DAP untuk menguasai jawatan kedua negara mampu menjejaskan masa depan Melayu, lapor Sinar Harian.

Ketua Umno Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dalam blognya berkata sejarah DAP menunjukkan parti itu mementingkan satu kaum dan tidak senang dengan keistimewaan Melayu. -sumber

1 comment:

  1. ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
    ALHAMDULILLAH..!!
    saya bersyukur kpd Allah SWT.
    atas keberhasilan PENARIKAN UANG
    GHAIB.setelah melalui proses panjang &
    sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
    alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
    kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
    UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
    setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
    dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
    ( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
    dngan catatan:
    1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
    2.tidak untuk memperkaya diri
    3.sanggup menyiapkan satu ekor sapi jantan,(sebagai pengganti tumbal)
    --------------------------------------------------
    bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
    silahkan menghubungi (PAK KYAI MAULAN ) DI NMR
    ( 085-210-001-377 )
    atau Atau klik disini
    Atau mau di bantuh togel 2D 3D 4D 5D 6D di jamin 100% tembus

    ReplyDelete