Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Tuesday, 17 January 2017

Parti Bersatu Masih Tidak Yakin Kekuatan Sendiri – Zaid Ibrahim



Berdasarkan ucapan pimpinan utama PPBM semasa majlis pelancaran parti itu Sabtu lalu, parti itu masih tidak yakin dengan kekuatan parti sendiri dan masih mengharapkan pertolongan parti lain untuk menghadapi PRU 14, kata Datuk Zaid Ibrahim.

“Dari ucapan-ucapan yang diberikan oleh beberapa pemimpin parti menunjukkan BERSATU masih kurang yakin dengan kekuatan mereka sendiri.

“Ucapan-ucapan yang dipenuhi dengan rayuan kepada PAS dan parti pembangkang lain untuk bersatu, rayuan yang orang anggap sebagai angan-angan,”katanya dalam tulisan terbaharu di blognya.

Menurut Zaid, tindakan mengumumkan nama-nama tokoh PAS hadir dalam majlis pelancaran PPBM itu, hakikatnya mereka tidak hadir adalah sesuatu tindakan yang terdesak untuk meraih sokongan parti Islam itu.

“BERSATU berharap pertandingan satu lawan satu dalam Pilihan Raya Umum akan datang untuk mengalahkan Barisan Nasional.

“Nama-nama beberapa pemimpin PAS seperti (Datuk) Tuan Ibrahim Tuan Man dan (Datuk) Iskandar Abdul Samad dari Selangor telah disebut sebagai hadir ketika itu sedangkan mereka tidak ada sama sekali.
edy“Malah, saya mendengar bahawa Jawatankuasa Pusat PAS mengundi sebulat suara untuk tidak menghantar mana-mana wakil untuk pelancaran BERSATU ini.”

Tambahnya, PPBM perlu ada keyakinan untuk memberitahu pengundi bahawa tanpa PAS, pembangkang akan menang pertandingan 1 lawan 1 atau 3 penjuru.

“BERSATU mesti yakin bahawa jika PAS mampu raih undi Melayu (jika ada), mereka juga akan dapat lebih undi Melayu dengan bekerjasama dengan Amanah.

“BERSATU mesti yakin melalui kerjasama dengan Amanah dan parti-parti lain dalam Pakatan Rakyat, mereka akan membawa lebih banyak undi Melayu kepada pembangkang berbanding dengan PAS lakukan pada tahun 2013.

“Jika anda mempunyai kekuatan keyakinan dalam keupayaan anda sendiri, maka lebih mudah orang lain untuk mengikuti anda.”-sumber

2 comments:

  1. Merendah diri seketika, berundur setapak bukan bererti kalah.

    Ketegangan tidak boleh dilentur dengan kekerasan.

    ReplyDelete
  2. ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
    ALHAMDULILLAH..!!
    saya bersyukur kpd Allah SWT.
    atas keberhasilan PENARIKAN UANG
    GHAIB.setelah melalui proses panjang &
    sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
    alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
    kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
    UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
    setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
    dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
    ( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
    dngan catatan:
    1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
    2.tidak untuk memperkaya diri
    3.sanggup menyiapkan satu ekor sapi jantan,(sebagai pengganti tumbal)
    --------------------------------------------------
    bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
    silahkan menghubungi (PAK KYAI MAULAN ) DI NMR
    ( 085-210-001-377 )
    atau Atau klik disini
    Atau mau di bantuh togel 2D 3D 4D 5D 6D di jamin 100% tembus

    ReplyDelete