Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Tuesday, 24 January 2017

PANAS! PKR DAKWA PAS "KUKU BESI"...

PKR menyifatkan kepimpinan PAS sebagai 'kuku besi' kerana hanya mahu bekerjsama dengan pihak yang mengikut telunjuk parti itu.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali  berkata syarat itu yang diletakkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, sebagai proses demokrasi yang tidak sihat.

"Kalau paksa kamu kena ikut cara aku, rentak aku, itu bukan demokrasi, tetapi itu kuku besi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Skim Peduli Sihat di Pejabat Tanah dan Daerah Gombak, pagi tadi.

Komen Azmin itu dijangka mengeruhkan lagi hubungan dan tahaluf siyasi di antara PKR dan PAS dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beberapa pemimin PAS sebelum sudahpun meminta pimpinan parti itu mengkaji semula hubungan kerjasama dengan PKR yang diasaskan pada PRU 2008.

Sabtu lalu, Hadi dipetik sebagai 'menasihatkan' mana-mana pihak yang mahu mengikat kerjasama politik dengan PAS perlu mengikut rentak partinya.

"Kita adalah parti paling lama dalam kalangan parti-parti pembangkang. Mengalami peristiwa rebah dan bangun dari hanya satu kerusi, kemudian ada (menang) negeri, kosong kerusi, kemudian dapat semula seperti di Terengganu, Kedah dan Kelantan.

"Parti-parti lain tak pernah mengalami pengalaman begini. Kita mengalaminya sebab itu orang lain tak boleh ajar kita dalam politik. Kita lebih matang dari orang lain.

"Mereka kena ikut PAS kalau hendak bekerjasama," ujar Hadi ketika merasmikan Himpunan Muslimat Muda di Shah Alam, Sabtu lalu.

PAS dan PKR kini meneruskan tahaluf siyasi dalam pentadbiran Selangor selepas hubungan dalam Pakatan Rakyat (PR) terkubur pada 2015. Gagasan itu kemudiannya diganti dengan Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai oleh PKR, DAP dan Amanah.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang dipimpin Tun Dr Mahathir Mohamad turut memberi bayangan akan menyertai PH dalam masa terdekat.

Dr Mahathir juga berkata tempoh rundingan dengan PAS sudah tamat.

Azmin bagaimanapun menegaskan, rundingan bersama PAS tetap perlu diteruskan.

"Dalam mana-mana proses rundingan ia merupakan satu proses yang rumit. Bukan boleh selesai dengan hanya satu pertemuan. Sebab itu saya ajak semua pihak untuk berlapang dada untuk cari kepentingan negara mengatasi kepentingan individu.

"Kita teruskan perbincangan malam tadi bertemu dengan Pengerusi dan Presiden PPBM untuk lihat bagaimana boleh maju ke depan," katanya sambil menambah kesemua parti pembangkang perlu melihat kepentingan rundingan dalam menyuburkan lagi proses demokrasi.-sumber

No comments:

Post a Comment