Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Tuesday, 24 January 2017

PANAS! KAJIAN AKADEMIK BUATKAN RAMAI "BANGKIT"... "IT IS A WAKE UP CALL"!

Seperti yang dijangka, ramai yang akan respon berkenaan dengan kenyataan TPM mengenai peratusan pemain-pemain media sosial yang kini bersama-sama dengan kerajaan...

Kenyataan yang panas ini memberi perhatian ramai orang terutamanya pemain-pemain media sosial yang PRO-UMNO/BN, ada yang setuju, suka dan sokong, ada yang tidak setuju dan ada juga yang memberi respon sinis dan reaksi positif mahupun negatif pada status blog dan FB masing-masing...

Ada baiknya kajian-kajian seperti ini dibuat, ianya penting bagi mengkaji keadaan media sosial yang melibatkan peperangan politik agar sentiasa berwaspada dengan keadaan sekarang, tambahan lagi dalam keadaan pilihanraya Umum ke-14 yang akan diadakan tidak lama lagi... it is a wake up call guys!!! 

Tanpa prejudis, saya juga pasti dan percaya, semboyan awal sudah dilaungkan oleh TPM agar semua kita bangkit bersama memerangi musuh didepan mata yang nyata mahupun yang tidak demi kesinambungan dan kelangsungan perjuangan UMNO/BN...

Andai kita berfikir baik, maka baiklah natijahnya, begitulah juga sebaliknya... Perlu diingat, ini adalah kajian empirikal yang dibuat oleh ahli akademik dan bukanlah tuduhan atau fakta yang tidak berasas...

Jom! Sama-sama kita baca...

P/S: Kita sokong UMNO/BN 100%! TQ kepada TPM di atas peringatan ini...

TAJUK   :   KAJIAN   TERHADAP   KREDEBILITI   MEDIA KONVENSIONAL DAN MEDIA SOSIAL

Kajian empirikal ini telah diketuai oleh YBhg. Prof Syed Arabi Idid, seorang   pakar   bidang   komunikasi   di   Malaysia.   

Objektif   kajian dilaksanakan   bagi   menilai   peranan   pemain   media   sosial   berunsur politik dalam mempengaruhi netizen pasca PRU ke-13. Berdasarkan  kajian  yang   dibuat   terhadap netizen  di   media   sosial, mendapati   netizen   lebih   mempercayai   saluran   media   sosial berbanding media konvensional.  

Ini berdasarkan lebih 2,000 netizen yang aktif dalam facebook dan twitter sebagai responden. Faktornya kerana media sosial lebih cepat menyampaikan maklumat dan lebih mudah diperolehi. Penemuan   menunjukkan   pengaruh   televisyen   menurun   dari   42% dalam   tahun     2015   menjadi   39%   dalam   tahun   2016.   Bagitu   juga bagi pembacaan akhbar menurun dari 30% ke 25% dan radio dari 25%   dalam   tahun   2015   ke     21%   dalam   tahun   2016. Walaubagaimana pun kepercayaan terhadap internet meningkat dari 50%   pada   bulan   Disember   2015   menjadi   69%   dalam   Ogos   2016. Pada hakikatnya, media sosial adalah satu fenomena bandar yang sangat pesat berkembang.

Sementara,   kajian   ini   juga   telah   menilai   peranan   dan   daya kekonsistenan   pemain   media   sosial   berunsur   politik   dalam   arus media sosial pasca PRU ke-13. 

Kajian mendapati   nisbah 1 blogger @   facebooker   pro-UMNO   berlawan   dengan   15   blogger   @ facebooker anti-UMNO (Pembangkang). Ini bermakna ratio 1 nisbah 15.

Dalam bentuk figura peratusan pula, kajian menemui hanya 6.6% ‘cybertroopers’   pro   kerajaan   yang   masih   aktif   berbanding   93.4% ‘cybertroopers’   Pembangkang   dikoordinasi   dengan   strategik   dan berkesan dalam media sosial.

Kajian mendapati dalam suatu proses perkembangan media sosial di Malaysia,   ia   membangun   secara   konstruktif   ibarat   graf   inverted parabola   (bermula   dari   bawah   dan   melonjak   ke   tahap   tinggi kemudian   menurun   ke   bawah   kembali).   

Kelok   graf   ini   adalah berdasarkan senario sebelum PRU ke-12, kemudian graf melonjak ke atas pada PRU ke-13 dan kembali menurun pasca PRU ke-13. 

Ini   jelas   menunjukkan   peratusan   yang   dikongsikan   oleh   YAB   TPM adalah   data   yang   paling   tepat   dan   terkini   berdasarkan   kajian kuantitatif dan imperikal. Malah inilah realiti yang harus ditelan oleh semua pihak sekalipun ianya pahit. 

Persoalannya,   mengapa   sesetengah   pihak   salah   faham   terhadap maksud   6.6%   blogger   pro-BN   yang   aktif   dianggap   hanya   6.6% netizen yang masih pro-BN. Ini dua penaakulan yang jauh berbeza.

Selain itu, kajian juga menemui 3 kelemahan cybertroopers UMNO pasca PRU 13 yang harus ditambahbaik ;

 Terlalu lambat membuat ‘counter attack’ - menyerang balas fitnah

  Banyak   Blog   /   Portal   Pro   UMNO   Sudah   Lenyap   -   Dalam   kajian, selepas   UMNO   memenangi   PRU-13   lebih   daripada   100   Blog/Portal pro UMNO telah tidak aktif. Ditambah pula dengan beberapa krisis
pemimpin UMNO yang meninggalkan parti membawa bersama ‘cytroteam’ mereka.

  Kelemahan   Koordinasi   -   Peperangan   di   alam   siber   memerlukan kemahiran yang tinggi dari aspek pemikiran, organisasi dan strategi. Dari aspek pemikiran, jentera siber akan bertambah lemah apabila menghadapi   masalah   kepimpinan,   sebagaimana   yang   berlaku sekarang.   Apabila   kajian   menunjukkan   lebih   100   blog   /portal   / tweeter   /   fb   dan   sebagainya   pro   kerajaan   lenyap,   ini   kerana   isu organisasi pasukan yang lemah dan tunggang-langgang.

Kesimpulannya, kita harus menerima realiti ini sebagai ‘wakeup-call’ kepada   parti   dalam   menghadapi   PRU-ke14.   Inilah   kesiapsiagaan cybertroopers BN selaku angkatan semboyan pertama parti dalam menghadapi   team   Psywar   Pembangkang.   Semua   kita   harus bersepadu   berganding   bahu   sebagai   tembok   pertahanan   parti bergelar Blue Wave Army.

No comments:

Post a Comment