Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Tuesday, 17 January 2017

Mesti Baca! Malaysia Pasca Trump...

NOVEMBER lepas, Do­nald Trump menerobos kubu kebal parti Demokratik atau Democratic firewall yang sukar ditembusi Republikan.

Dengan tidak disangka-sangka Wisconsin dan Pensylvania yang tidak pernah menyokong calon Re­­publikan sejak 1988 turut mela­yangkan kejutannya. Hillary Clinton tunduk, mengalah. Kebencian dan penentangan dunia terhadap kemenangan selebriti realiti televisyen, The Apprentice yang sangat celupar itu diikuti penuh berhati-hati serta curiga seluruh pimpinan dunia.

Asia Barat, China-Rusia, Barat-Eropah atau ‘MENA’ (Middle-East North Africa), Negara Selatan, Asia dan badan-badan antarabangsa menelitinya. Ini termasuklah NATO, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

20 Januari ini di Bangunan Capitol, Amerika Syarikat, Trump kalau tiada aral akan mengangkat sum­pah Presiden ke-45.

Pasca Trump sungguh tidak terduga. Kemenangan mengejutnya mengakibatkan pasaran saham dunia merudum. Pasaran kewangan dunia tidak bersedia menerima ledakan peralihan ini.

Antaranya Wall Street, Dow Jones Industrial Average, Nikkei Japan Index dan indeks Hang Seng Hong Kong serta bursa-bursa kecil negara membangun segalanya menjunam waktu itu.

Bukan setakat itu, selebriti dan artis popular dunia yang menyokong Clinton tergamam, terkejut besar. Samuel L. Jackson, Barbra Streisand, Chelsea Handler dan Amy Schumer tersenarai antara mereka yang mengugut untuk berpindah keluar dari Amerika Syarikat.

Trump hakikatnya telah me­lo­rongkan rakyat yang beliau sasarkan sebagai kelompok pengundi yang akan memenangkannya. Ke­­­lompok itu adalah golongan rakyat yang kecewa dengan apa yang mereka saksikan daripada kepimpinan Barack Obama yang mengetuai kerajaan Demokrat.

Mereka kelompok rakyat yang rata-ratanya merasakan ‘terpinggir dari arus pembangunan’ dan ‘terkeluar daripada pembangunan serta kemajuan negara’.

Dasar pentadbiran Demokrat menghapuskan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, sama ada diberikan kepada pendatang atau kegiatan ekonomi pembuatan yang diserahkan kepada negara lain seperti China. Dikatakan banyak daya saing pembuatan atau manufacturing power Amerika berpindah ke negara lain.

Itu antara kesan penangan Trump ke atas dunia. Bagaimana pula dengan Malaysia?

Kalau diambil kira fokus Trump ke atas rakyat akar umbi sebagai kelompok sasaran kemenangannya, Malaysia juga harus mengambil iktibar itu. Maksudnya - perlu diperkuatkan lagi.

Malah, sebelum kemenangan Trump pun, kerajaan negara ini di bawah kepemimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak telah memfokuskan pentadbirannya untuk golong­an marhaen. Banyak bantuan kepada rakyat diketengahkan. Termasuklah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Bantuan ini adalah jaringan sosial rakyat dan menjadi kaedah kerajaan memindahkan kekayaan jangka pendek negara kepada orang ramai. BR1M adalah ilham pihak Bank Negara dan Perdana Menteri merealisasikannya.

BR1M adalah cadangan jawatankuasa fiskal dan Bank Negara. Di sebalik momokan kononnya dicap rasuah, matlamatnya untuk menolong 40 peratus rakyat berpendapatan rendah.

Pasca Trump yang dinantikan oleh Kuala Lumpur selepas beliau mengangkat sumpah kelak berkisar kelulusan Kongres mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). Perjanjian itu telah ditandatangani Kuala Lumpur bersama 11 negara lain.

Bagaimanapun nasib TPPA dise­rahkan pentadbiran Obama di tangan Trump dan ahli politik Republikan. Trump dalam kempen pilihan raya Presiden AS menentang perjanjian berkenaan dan menyifatkannya sebagai ‘malapetaka’ kerana akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di luar AS.

Mesej beliau yang antiperda­gang­an bebas dan ikrar untuk mem­­bendung pengimportan barangan dari China dan Mexico, membolehkan beliau mendapat sokongan dalam kalangan pekerja kolar biru perindustrian di Ohio, Michigan, Wisconsin dan Pennsylvania.

Trump bertekad menghapuskan TPPA, mengadakan rundingan semula Perjanjian Perdagangan Be­­bas Amerika Utara dan akan me­­ngambil pendirian tegas berhubung perdagangan dengan China.
Sebelum ini, Majlis Perunding­an Pertubuhan Islam Malaysia (Ma­pim) menggesa kerajaan menilai semula status TPPA dengan mengambil kira pendirian dua ca­lon Presiden Amerika Syarikat (AS), Hilarry Clinton dan Donald Trump.

Ini berikutan Hillary dan Trump menyatakan pendirian menolak TPPA dalam kempen presiden masing-masing.

TPPA dipercayai mendatangkan manfaat kepada Malaysia. Antaranya, Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia diunjur meningkat seba­nyak AS$107 bilon kepada AS$211 bilion antara 2018-2027.
Demikian juga dengan pela­bu­ran diunjur meningkat kepada AS$239 bilion antara 2018-2027 - disumbang pelaburan yang lebih tinggi dalam industri tekstil, pembinaan dan perdagangan pengedaran.

Pada masa sama, TPPA bakal menyaksikan peningkatan gaji untuk pekerja tidak mahir diunjur meningkat sebanyak 0.45-0.91 pe­ratus dan pekerja mahir sebanyak 0.38-0.78 peratus.
Dasar Bumiputera dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) kekal pada status quo.

Kesepakatan menyokong TPPA ini dicapai setelah kerajaan me­nimbang pendapat akar umbi, pe­ng­usaha dan pemimpin industri. Dan mereka memberi sokongan yang baik.

Trump telah membaca data makro analisis sasaran ekonomi yang mahu dipacunya. Lebih utama lagi profil pengundi secara demografik. Hal ini terbukti berkesan yang memenangkannya dalam kejutan luar biasa.

Persaingan parti-parti politik untuk menempatkan diri dalam meraih mandat rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) semakin rancak.

Apakah ada satu ‘data makro analisis’ ke arah merealisasikannya? Nampaknya tugas berat menanti Barisan Nasional (BN) dan UMNO yang menjadi tonggaknya.

Pasca Trump berguna untuk di­jadikan iktibar meniup semboyan PRU-14.

DATUK AHMAD FARIS ABDUL HALIM ialah penganalisis isu-isu semasa.

1 comment:

  1. ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
    ALHAMDULILLAH..!!
    saya bersyukur kpd Allah SWT.
    atas keberhasilan PENARIKAN UANG
    GHAIB.setelah melalui proses panjang &
    sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
    alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
    kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
    UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
    setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
    dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
    ( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
    dngan catatan:
    1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
    2.tidak untuk memperkaya diri
    3.sanggup menyiapkan satu ekor sapi jantan,(sebagai pengganti tumbal)
    --------------------------------------------------
    bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
    silahkan menghubungi (PAK KYAI MAULAN ) DI NMR
    ( 085-210-001-377 )
    atau Atau klik disini
    Atau mau di bantuh togel 2D 3D 4D 5D 6D di jamin 100% tembus

    ReplyDelete