Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Wednesday, 18 January 2017

Masyararakat India Mempunyai Peranan Besar - Dato Seri Zahid Hamidi @Zahid_Hamidi

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sumbangan masyarakat India terhadap negara sangat besar, khususnya dalam mengisi erti kemerdekaan negara. 

Timbalan Perdana Menteri berkata, ramai kalangan masyarakat India termasuk di Bagan Datuk yang berjaya dalam pelbagai bidang kerjaya dan profesional, seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara. 

"Kita melihat peranan masyarakat India daripada aktiviti ekonomi tradisional telah bertukar apabila sistem pendidikan yang memberi peluang menukar nasib dan pemikiran masyarakat India," katanya. Beliau berkata demikian ketika merasmikan program Ponggu Tamil di Simpang Empat di sini, sebentar tadi. 

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk turut berkata, semua kaum di negara ini harus mengetepikan perbezaan, sebaliknya mencari titik persamaan agar dapat terus hidup bersatu padu dan harmoni. 

Beliau berkata, semua pihak harus mengakui hakikat bahawa Malaysia adalah negara yang memiliki kepelbagaian kaum, budaya dan agama, sekali gus memaksa penduduknya untuk terus menerima perbezaan berkenaan. 

Ahmad Zahid berkata, ia tidak terkecuali di Bagan Datuk yang mempunyai penduduk berbilang kaum dengan masyarakat India mempunyai peranan besar dalam pembangunan daerah baharu di Perak itu. 

Katanya, kepemimpinan negara, negeri, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta sistem pendidikan turut memainkan peranan besar dalam memastikan pembangunan di Bagan Datuk. "Kita tidak mahu Bagan Datuk terus terhimpit dengan kemunduran dan tidak mahu ia terpinggir dan terlepas pandang," katanya.-sumber

No comments:

Post a Comment