Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Tuesday, 17 January 2017

JIKA SAMAN AES MEMBEBANKAN RAKYAT, BAGAIMANA DENAGN SAMAN PARKIR MPSP DAN MPPP...?

Kenyataan terbaru Ketua Menteri Pulau Pinang amat kelakar. Beliau berkata, Kerajaan Negeri tidak akan membenarkan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan untuk memasang kamera AES di Pulau Pinang. Katanya, Kerajaan Negeri DAP Pulau Pinang tidak mahu membantu Menteri Pengangkutan, DS Liow Tiong Lai untuk membebankan Rakyat dengan saman ekor. Baiklah, Ketua Menteri Pulau Pinang adalah seorang yang prihatin. 

Kalau beliau melihat saman ekor sebagai membebankan Rakyat walaupun kamera AES bertujuan untuk mengesan memandu yang memandu laju dan tidak mengikut peraturan, bagaimana pula dengan saman parking? Adakah saman parking yang dikenakan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Prai menguntungkan Rakyat?

The World Health Ranking 2011 telah meletakkan Malaysia di nombor 20 dalam senarai negara dengan kematian yang paling banyak disebabkan oleh kemalangan jalan raya. Kemalangan jalan raya juga telah dikenal pasti sebagai punca utama kematian di Malaysia, selepas penyakit koronari / jantung, strok, influenza dan pneumonia. Penyelidikan oleh Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan bahawa purata 18 orang terbunuh di jalan raya Malaysia setiap hari. Jumlah itu dijangka meningkat kepada 29 pada tahun 2020. Sumber di sini. 

Joseph Lim Guan Eng masih mahu menyalahkan kemalangan yang berlaku disebabkan oleh kegagalan Menteri Pengangkutan. Dalam masa yang sama Joseph Lim Guan Eng menolak satu cara penyelesaian kemalangan melalui pengesanan kamera AES? Senang sungguh hidup Lim Guan Eng. Semua yang berlaku adalah disebabkan oleh kegagalan orang lain. Banjir berlaku salah Kerajaan Persekutuan. Tanah runtuh salah Kerajaan Persekutuan. Kemalangan berlaku di Pulau Pinang, salah Kerajaan Persekutuan. Mungkin pembelian banglo tanpa kolam renang oleh Lim Guan Eng juga salah Kerajaan Persekutuan.-sumber

No comments:

Post a Comment