Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Tuesday, 17 January 2017

GERAKAN dan MCA Sedia Tukar Kerusi...?

GERAKAN menyambut baik tindakan positif MCA Pulau Pinang yang sanggup menyerahkan kerusi di negeri tersebut kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) demi kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Menurut Presidennya Datuk Seri Mah Siew Keong, tindakan tersebut adalah perlu demi menjamin kemenangan sekaligus memperlihat kekuatan parti yang sentiasa bersama dalam setiap keputusan yang dibuat.

“Saya setuju juga dengan pandangan Setiausaha MCA supaya parti komponen boleh berbincang menukar kerusi jika ini dapat memperkuatkan BN, mungkin ada tempat satu komponen lebih kuat. Boleh tukar,” katanya pada sidang media selepas majlis perhimpunan bulanan MPIC bilangan 1 2017 di Putrajaya, Isnin.

Terdahulu MCA Pulau Pinang mengumumkan bahawa parti itu tidak akan membantah jika berlaku pertukaran atau pinjaman kerusi melibatkan parti berkenaan dengan parti komponen BN lain demi memastikan kemenangan parti itu pada PRU nanti.

Setiausaha Agung partinya, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, MCA sangat terbuka dan menerima hakikat parti itu tidak boleh bertanding atas kekuatan sendiri dan memerlukan kerjasama parti komponen lain.

“Kita sudah dua penggal kalah (di Pulau Pinang). Kita kena menerima hakikat kalau ada kerusi kita dan calon parti komponen lain yang lebih kuat, kita harus iktiraf dan sokong calon itu,” jelas Ka Chuan.

Siew Keong pada masa yang sama turut menjelaskan bahawa semua parti komponen BN kini berada dalam perbincangan terakhir mengenai 4 kerusi yang dipertandingkan.

Katanya lagi, empat kerusi tersebut tidak difokuskan kepada negeri Pulau Pinang sahaja, ia termasuklah beberapa buah negeri yang lain, namun tidak boleh diumumkan lagi sehingga mendapat persetujuan daripada Presiden parti.

“Kita sekarang dalam perbincangan terakhir 4 kerusi dengan parti komponen lain. Akan diumumkan lepas dapat persetujuan dari presiden kita.

“Perbincangan itu melibatkan MCA, UMNO dan MIC, saya tak boleh umum kerana ia tertakluk kepada PM (Perdana Menteri).. cuma apa yang boleh diberitahu kerusi tersebut ada yang negeri dan ada yang parlimen,” ujarnya.-sumber

1 comment:

  1. ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
    ALHAMDULILLAH..!!
    saya bersyukur kpd Allah SWT.
    atas keberhasilan PENARIKAN UANG
    GHAIB.setelah melalui proses panjang &
    sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
    alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
    kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
    UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
    setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
    dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
    ( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
    dngan catatan:
    1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
    2.tidak untuk memperkaya diri
    3.sanggup menyiapkan satu ekor sapi jantan,(sebagai pengganti tumbal)
    --------------------------------------------------
    bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
    silahkan menghubungi (PAK KYAI MAULAN ) DI NMR
    ( 085-210-001-377 )
    atau Atau klik disini
    Atau mau di bantuh togel 2D 3D 4D 5D 6D di jamin 100% tembus

    ReplyDelete