Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Wednesday, 25 January 2017

Capai azam BARU dengan kaedah S.M.A.R.T.

Kini kita sudah melangkah ke semester baru. Adakah azam anda bagi semester lepas sudah tercapai?
Jika ya, tahniah! Namun sekiranya tidak, jangan sesekali kecewa dan bukalah lembaran baru. Walaupun hanya sebilangan sahaja azam yang dirangka akan menjadi kenyataan dan selebihnya hanya akan tinggal impian, pastikan kita menetapkan azam sebagai panduan.

Cara Merealisasikan Azam Baru – Capai azam baru anda menggunakan cara S.M.A.R.T:

S: Specific – Matlamat atau azam kita perlu dispesifikkan supaya kita lebih jelas dengan apa yang kita akan buat untuk mencapainya.
Matlamat yang terperinci adalah lebih bermakna berbanding matlamat yang umum. Jika sasaran tidak spesifik dua perkara yang akan berlaku iaitu:
Pertama, anda dengan mudahnya mencapai matlamat itu.
Kedua, anda dapati apa yang anda peroleh bukan apa yang anda mahu.

M: Measurable – Sesuatu matlamat yang kita tetapkan itu mestilah yang boleh diukur atau dinilai kepentingannya kepada kita.

A: Achievable – Matlamat atau azam yang kita letak haruslah sesuatu yang boleh dicapai. Hindarkan daripada membuat sebarang matlamat yang sudah tentu anda tidak dapat capai. Di sini anda perlu melihat sendiri keadaan anda sekarang, adakah anda boleh mencapai matlamat dan azam tersebut? Jika anda rasa ianya sukar atau tidak boleh dicapai, abaikan dan tetapkan matlamat yang lain.

R: Realistic – Apa yang mahu dicapai mestilah sesuatu yang realistik dan relevan serta bermakna kepada diri sendiri.
Anda haruslah mempunyai sebab mengapa azam itu hendak dicapai. Elakkan dari menetapkan matlamat yang bukan-bukan dan tidak realistik.

T: Time-bound – Setiap target atau azam hendaklah diletakkan jangka masa, bila hendak dimulakan dan bila hendak dicapai. Ia juga harus jelas dan spesifik. Anda boleh cuba untuk memecahkan kepada target yang lebih kecil.

Dalam kajian Albert Bandura dan Dale Schunk ke atas kanak-kanak berumur 7-10 tahun, mereka menetapkan separuh daripada kanak-kanak tersebut perlu menyiapkan enam muka surat soalan matematik dalam 1 sesi.

Separuh lagi kanak-kanak dikehendaki menyiapkan 42 muka surat soalan matematik dalam 7 sesi.
Daripada pemerhatian didapati kanak-kanak dengan penetapan matlamat yang kecil dapat menyiapkannya dengan lebih cepat dan lebih tepat jawapannya daripada kanak-kanak yang menetapkan matlamat besar.

Deadline adalah sangat perlu kerana tanpanya anda hanya akan berlengah dan tidak ada usaha untuk mencapai matlamat yang diingini.

Selain menggunakan kaedah SMART, anda juga boleh visualkan kejayaan dalam minda anda. Di dalam gambaran mental, anda telah berjaya mencapainya.

Visualkan secara jelas di dalam minda anda dan mainkan gambaran itu berulang-ulang di fikiran.
Ingatlah bahawa: “Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang.-sumber

No comments:

Post a Comment