Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Tuesday, 17 January 2017

Beri Sokongan Kepada KM Sarawak Baharu Abang Jo... - TPM DS Zahid Hamidi @Zahid_Hamidi

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berharap jasa besar ditinggalkan oleh Tan Sri Adenan Satem sepanjang memegang jawatan sebagai Ketua Menteri dapat dibalas kerajaan dan rakyat dengan merealisasikan impiannya menerusi aku janji atau manifesto yang dilancarkan Allahyarham semasa Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) yang lalu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau sendiri berikrar akan membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merealisasikan aku janji tersebut, terutamanya melibatkan peruntukan bagi projek-projek yang disalurkan oleh kerajaan Persekutuan kepada negeri ini.

Pada masa sama ujarnya, beliau berharap semua pihak termasuk rakyat Sarawak, ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional (BN) dan lain-lain parti politik agar dapat memberi sokongan serta kerjasama baik kepada Ketua Menteri yang baru dilantik, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg untuk meneruskan pentadbiran negeri ini.

“Saya harap jasa beliau (Adenan) dalam pembangunan melalui aku janji dalam PRN-11 yang lalu akan dapat kita penuhi terutamanya oleh Abang Johari.

“Saya akan membantu Perdana Menteri untuk merealisasikan aku janji itu terutamanya yang melibatkan peruntukan kerajaan Persekutuan,” katanya ketika ditemui selepas menzia­rahi pusara Adenan di Tanah Perkuburan Islam Samariang di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang tiba di tanah perkuburan pada pukul 5.35 petang, meluangkan masa selama 20 minit di pusara Allahyarham kerana tidak sempat berbuat demikian kerana berada di China atas urusan rasmi semasa Adenan meninggal dunia akibat kom­plikasi jantung di Pusat Jantung, Hospital Umum Sarawak, Kota Samarahan dekat sini Rabu lalu.

Walau bagaimanapun, ujar Ahmad Zahid, beliau sempat menghubungi balu Allahyarham, Puan Sri Jamilah Anu untuk menyampaikan ucapan takziah beliau dan keluarga atas kehilangan pe­mimpin yang disanjungi rakyat itu.

Mengulas lanjut beliau berkata, semua pihak diharap dapat memberi sokongan kepada Abang Johari sebagaimana ketika Adenan memerintah tanpa mengira perbezaan fahaman.

“Saya fikir kita (semua pihak) kena melangkah ke hadapan untuk bekerjasama membangunkan Sarawak bukan hanya dalam kalangan ahli-ahli komponen BN di Sarawak, malah saya ingin merayu semua parti termasuk bukan BN untuk bekerjasama membangunkan Sarawak.

“Kepada semua rakyat Sarawak, saya mohon berilah sokongan yang diberikan kepada Adenan sebelum ini kepada Abang Johari untuk meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Allahyarham,” ujarnya.

Terdahulu, ketibaan Ahmad Zahid di tanah perkuburan diiringi Timbalan Menteri Dalam Ne­geri, Masir Kujat; Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas; Menteri Pemba­ngunan Usahawan, Perdagangan, Pelaburan dan Industri negeri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan serta Menteri Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Sim Kui Hian disambut oleh ahli keluarga Allahyarham.-SUMBER

1 comment:

  1. ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
    ALHAMDULILLAH..!!
    saya bersyukur kpd Allah SWT.
    atas keberhasilan PENARIKAN UANG
    GHAIB.setelah melalui proses panjang &
    sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
    alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
    kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
    UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
    setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
    dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
    ( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
    dngan catatan:
    1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
    2.tidak untuk memperkaya diri
    3.sanggup menyiapkan satu ekor sapi jantan,(sebagai pengganti tumbal)
    --------------------------------------------------
    bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
    silahkan menghubungi (PAK KYAI MAULAN ) DI NMR
    ( 085-210-001-377 )
    atau Atau klik disini
    Atau mau di bantuh togel 2D 3D 4D 5D 6D di jamin 100% tembus

    ReplyDelete