Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Tuesday, 17 January 2017

APAHAL? Anina Cabar PPBM Pecat Keahlian Partinya

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, Anina Saadudin ,mencabar pucuk pimpinan parti memecat keahlian partinya jika terbukti benar sepanjang menjadi Ketua Srikandi beliau telah mencemar imej parti.

“Jika benar ada bukti sahih dan kukuh serta dengannya telah mencemarkan imej parti, maka saya mengesyorkan supaya saya dipecat dari parti,” cabarnya dalam Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai membidas percanggahan kenyataan PPBM berkenaan penyingkiran Ketua Srikandi yang disandangnya sebelum ini.

Menurutnya, terdapat 4 percanggahan dalam kenyataan pemimpin PPBM berkenaan isu tersebut :

1. DSMM (Datuk Seri Mukhriz Mahathir) menyatakan saya tidak disyorkan untuk menjadi Ketua Srikandi kerana isu peribadi yang menjejaskan imej parti.

2. Setiausaha Agong (Datuk Dr Shahruddin Md Salleh) menyatakan bahawa angkat sumpah jawatan Ketua Srikandi PPBM pada 2 November adalah kesalahan teknikal.

3. Ketua Penerangan (Datuk Kamarudin Md Nor) membuat kenyataan bahawa saya tidak pernah dilantik sebagai Ketua Srikandi sejak awal lagi.

4. TSMY (Tan Sri Muhyiddin Yassin-Presiden) membuat kenyataan terakhir minggu lalu bahawa saya tidak mencapai prestasi seperti yang diharapkan.

Bagi menjawab percanggahan di atas, Anina melontarkan beberapa persoalan selanjutnya.

“Di manakah kesilapan teknikal yang dimaksudkan oleh SUA? Jika ianya terletak pada watikah angkat sumpah jawatan pada 2 November 2015 yang lalu, mungkin SUA boleh menyemak kembali watikah “original”. Beliau baru kembali dari Mekah, sudah pasti beliau akan bercakap benar.

” Jika saya tidak pernah dilantik sebagai Ketua Srikandi, adakah TSMY dan DSMM telah melakukan kesilapan setiap kali menyebut nama saya sebagai Ketua Srikandi dalam ucapan serta ceramah di seluruh negara? Kamaruddin Mat Nor mungkin tidak sesuai memegang jawatan Ketua Penerangan jika gagal bercakap dengan tepat. Mungkin beliau tidak banyak tahu sejarah PPBM kerana baru muncul setelah ditawarkan jawatan tersebut.

“Saya telah mengangkat sumpah pada 2 November 2016 dan menyerahkan cadangan barisan kepimpinan Srikandi Pusat dan Negeri pada 17 November 2016 namun Presiden tidak membuat sebarang tindakan terhadap fail tersebut. Saya telah mengatur pertemuan dengan hampir kesemua Srikandi di negeri-negeri seluruh Semenanjung dan ianya dilakukan dalam tempoh 100 hari tanpa sesen pun peruntukan dari PPBM. Mungkin KPI nya dirahsiakan dari saya,” dedahnya.-sumber

1 comment:

  1. ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
    ALHAMDULILLAH..!!
    saya bersyukur kpd Allah SWT.
    atas keberhasilan PENARIKAN UANG
    GHAIB.setelah melalui proses panjang &
    sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
    alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
    kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
    UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
    setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
    dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
    ( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
    dngan catatan:
    1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
    2.tidak untuk memperkaya diri
    3.sanggup menyiapkan satu ekor sapi jantan,(sebagai pengganti tumbal)
    --------------------------------------------------
    bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
    silahkan menghubungi (PAK KYAI MAULAN ) DI NMR
    ( 085-210-001-377 )
    atau Atau klik disini
    Atau mau di bantuh togel 2D 3D 4D 5D 6D di jamin 100% tembus

    ReplyDelete