Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Tuesday, 2 August 2016

Terkini! Abang Long Fadhil kemalangan lagi...



Selepas terbabit kemalangan kurang 10 hari lalu, penceramah bebas, Muhamad Fadhil Husin, 29, atau dikenali sebagai Abang Long Fadhil berdepan sekali lagi detik cemas apabila kereta Perodua Myvi dinaiki bersama dua ahli keluarganya terbabit kemalangan.

Dalam kejadian jam 2 petang semalam, kereta mangsa dikatakan terbabas di Kilometer 44.4, Lebuhraya Plus arah selatan berhampiran Simpang Renggam, Johor, lapor sebuah portal.

Difahamkan tiga sekeluarga itu dalam perjalanan pulang bercuti dari Melaka ke Singapura sebelum terbabit nahas.

Kemalangan itu mengakibatkan Abang Long Fadhil mengalami kecederaan di bahagian kepala, manakala ibunya pula mengalami kecederaan pada bahagian kaki dan menjalani imbasan X-ray di Hospital Enchee Besar Hajjah Kalsom, Kluang.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya Superintendan Razak Md Said berkata, kemalangan berlaku selepas kereta Myvi dinaiki penceramah itu cuba mengelak lopak air dan terbabas ke kiri jalan.

“Kejadian itu mengakibatkan kenderaan mangsa melanggar tembok tanah di kiri jalan sebelum terbalik beberapa kali. Kereta itu kemudian terhumban dan terbalik di dalam longkang.

“Sebuah kereta lain dari arah belakang bertindak berhenti di lorong kecemasan untuk memberikan bantuan,” katanya.

Malangnya sebuah treler yang berada di laluan sama cuba mengelak sebelum melanggar kereta berhenti itu.
“Pada masa sama sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) model Toyota Estima dan kereta Proton Wira turut merempuh kenderaan di hadapan.

“Akibat kemalangan itu, pemandu kereta Myvi cedera di bahagian kepala, manakala ibunya mendapat kecederaan pada bahagian kaki,” katanya.

Pada 22 Julai lalu, Abang Long Fadhil luka di kepala dan tangan kiri selepas Perodua Myvi dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan Proton Satria di susur masuk Plaza Tol Ayer Keroh, Melaka, pada jam 2 pagi.-sumber

Jomo: Semoga semuanya selamat, teruskan berdakwah...

1 comment:

  1. ASSALAMU'ALAIKUM.WR.WB.
    ALHAMDULILLAH..!!
    saya bersyukur kpd Allah SWT.
    atas keberhasilan PENARIKAN UANG
    GHAIB.setelah melalui proses panjang &
    sangat sangat beresiko,dgn izin Allah
    alhamdulillah uang ghaib akhirnya berhsil
    kami keluarkan dgn jumlah yg luar biasa.
    UANG GHAIB INI PENAWARAN TERBARU DARI KAMI.
    setelah uang balik (UB) sudah terbukti keberhasilanya,
    dan sehubungan banyaknya orang yang menginginkan hal ini
    ( UANG GHAIB ), kami sanggup memproses penarikan UANG GHAIB,
    dngan catatan:
    1.masalah utang piutang (JUMLAH BESAR)
    2.tidak untuk memperkaya diri
    3.sanggup menyiapkan satu ekor sapi jantan,(sebagai pengganti tumbal)
    --------------------------------------------------
    bagi anda yang BENAR-BENAR SERIUS dalam hal ini.....
    silahkan menghubungi (PAK KYAI MAULAN ) DI NMR
    ( 085-210-001-377 )
    atau Atau klik disini
    Atau mau di bantuh togel 2D 3D 4D 5D 6D di jamin 100% tembus

    ReplyDelete