Frenz Of BRO LAY LOW

Selamat datang Ke Blog Bro Lay Low. Tulisan dan artikel yang dipaparkan adalah untuk bacaan dan ianya berdasarkan pertimbangan Penulis. #Berjuang

Tuesday, 25 April 2017

Pembangkang Dipaksa Percaya Hasil Kajian Syarikat Rafizi?

Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat menyarankan PAS cuma bertanding di Kelantan dan Terengganu dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Menurut beliau, PAS wajar mengambil langkah tersebut berdasarkan hasil kajian Invoke Malaysia iaitu sebuah badan yang diasaskan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang mendapati PAS adalah sebuah parti yang ditolak oleh majoriti rakyat.

“Dalam pembentangan hasil kajian Invoke oleh Rafizi, PAS akan dapat corot undi di seluruh negara kecuali Kelantan dan Terengganu.

“Dalam PRU14 lebih baik PAS fokus di dua negeri tersebut sahaja. Dapat memerintah kedua-duanya. Negeri lain serah kepada Pakatan Harapan. Inilah cara terbaik untuk jatuhkan Barisan Nasional (BN),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam pembentangan hasil kajian oleh organisasinya sendiri tersebut berkata, kaji selidik itu mendapati PAN akan mengatasi PAS dalam PRU14.

Sebilangan pihak bagaimanapun berpandangan hasil kajian itu kurang meyakinkan kerana ia dilaksanakan oleh sebuah entiti yang berkecendurangan memenangkan Pakatan Harapan. -sumber

PANAS! RAJA BOMOH AKHIRNYA BERTAUBAT....

Thursday, 20 April 2017

Pakl Anies Tiba Di ISTIQLAL, Disambut oleh

Jakarta - Cagub DKI Jakarta nomor urut 3 Anies Baswedan tiba di Masjid Istiqlal untuk merayakan kemenangan dalam hitung cepat (quick count). Dia langsung disambut Habib Rizieq.

Anies tiba di Masjid Istiqlal sekitar pukul 19.30 WIB, Rabu (19/4/2017). Mengenakan peci dan baju koko, Anies langsung masuk ke ruang utama Istiqlal.

Ia tiba saat jemaah selesai melaksanakan salat isya. Jemaah dalam posisi duduk ketika Anies datang.

"Kita akan melakukan sujud syukur bersama Gubernur DKI Jakarta. Tolong dipersiapkan safnya," kata Rizieq.

Anies kemudian bersalaman dan cipika-cipiki dengan Habib Rizieq serta para ulama. Ustad Bachtiar Nasir, Prabowo Subianto, dan Fadli Zon juga turut hadir dalam acara ini.

Rizieq kemudian menjelaskan kepada jemaah mengenai tata cara sujud syukur. - sumber

Tahniah Pak Anies kemenangan sebagai Garbenur DKI Jakarta! perlu ada rencana mau turun ke Jakarta lagi nih!

PANAS! PENGASAS BERSATU KELUAR PARTI...


Setiausaha Kerja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarulazman Habibur Rahman hari ini mengumumkan keluar parti selepas kecewa dengan krisis dalaman parti tersebut.

Kamarulazman juga menyelar sikap segolongan pihak di dalam parti itu yang bekerja demi kedudukan, malah berbaik-baik dengan pemimpin tertinggi demi kepentingan peribadi.

"Saya mula kecewa kerana golongan yang benar-benar bekerja dilayan seperti kelas kedua. Di mana letaknya slogan Bersatu Beramanah Bermaruah? Belum pun kita bergerak jauh kita telah mengamalkan sikap pilih kasih dan kronisme yang mendalam.

"Saya mula hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti apabila hari demi hari rakan terdekat pimpinan parti mendapat tempat dan kedudukan.



"Mereka ini tanpa segan silu bergerak ke sana sini dengan mendakwa mereka orang Presiden dan Timbalan Presiden," katanya di sidang media tengah hari tadi.

Lebih kesal, menurut Kamarulazman, pihak yang sentiasa bekerja keras dan berkorban demi parti, terutama ketika awal penubuhannya diketepikan.

Kamarulazman merupakan salah seorang pengasas PPBM dan kemudiannya dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi.

"Sedikit demi sedikit, elemen negatif mula menyerap masuk dalam PPBM. Ramai ahli mempersoalkan orang yang buat onar dalam Umno lompat masuk PPBM.

"Saya dapati sifat buruk mula dibenarkan masuk melalui pintu utama PPBM.

"Ramai di kalangan mereka yang menghabiskan masa untuk berada bersama pemimpin dan suka memburukkan penggerak yang membuat kerja," dakwanya lagi.

Selari dengan pengumuman keluar parti, Kamarulazman turut meletakkan kesemua jawatan yang disandangnya iaitu Ketua Penaja PPBM Bahagian Teluk Kemang, Setiausaha Kerja PPBM Pusat, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM, selain menolak tawaran sebagai Pengerusi Perhubungan PPBM Negeri Sembilan.

Dalam pada itu beliau menegaskan tidak akan menyertai kembali Umno, sebaliknya akan bergerak aktif di dalam Gerakan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) yang digerakkannya sebelum ini.

Ujar Kamarulazman, beliau akan bergerak menerusi platform GKCM dengan mengadakan siri penerangan di seluruh negara berkaitan isu-isu semasa.

Beliau ketika ditanya sama ada akan bertanding  pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang menerusi parti bebas, jawabnya, perkara itu belum difikirkan buat masa ini.

Sementara itu satu lagi sidang media akan dilakukan pihaknya bagi mengumumkan ahli-ahli PPBM yang akan keluar parti.

Kamarulazman memaklumkan sehingga malam tadi seramai 821 ahli merancang untuk berbuat demikian, dan kebanyakkannya dari Negeri Sembilan. - SUMBER

Bro: Inikan perkara biasa... Tengoklah akan ada lagi yang akan keluar PARTI...

Monday, 17 April 2017

Kasihan! Zuraida Pula Nafi Adam Rosly Sebagai Pegawai Khasnya...?

Kekayaan luar biasa Ketua AMK Ampang, Datuk Adam Rosly adalah sewaktu beliau menjadi Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Meskipun Zuraida menafikan perkara tersebut dengan menjelaskan yang beliau tidak pernah melantik Adam sebagai pegawainya, namun sumber dalaman PKR memberitahu BNBBC.my portal yang Ahli parlimen PKR Ampang tersebut menyuruh Adam meletak jawatan sekaligus memadam rekod beliau yang sebelum ini menjadi pegawai kepada Zuraida.

Meskipun tiada ‘hitam putih’ atau sebarang dokumen yang membuktikan pelantikan Adam sebagai pegawai Zuraida, namun menurut sumber, semua ahli PKR Ampang tahu tentang hubung kait antara Adam dan Zuraida.

Penafian Zuraida itu juga dilihat tidak tidak selari dengan segala aktiviti Adam yang sering dimuatnaik dalam laman sosial Facebook dan Instagramnya sejak 2008 mengenai kekayaan beliau.

Adam bagaimanapun telah memadam akaun tersebut sejak kekecohan mengenai rumah ‘Disneyland’ nya yang terletak di Ampang didakwa bernilai RM7 juta.

Begitu juga dengan rumah keduanya di Putrajaya yang bernilai RM800 ribu dimana sebelum ini beliau turut memuatnaik dalam akaun yang sama.

Selain itu, segala aktiviti di Ampang yang beliau menjadi wakil kepada Zuraida turut dimuatnaik sebagai catatan program yang PKR anjurkan.

Namun bagi menutup cerita tersebut, PKR semalam menampilkan seorang lagi hero baru bagi menyelamatkan keadaan iaitu Setiausaha PKR Ampang, Sabri Abu Bakar untuk membuat kenyataan tentang perkara yang sama.

Katanya Adam tidak pernah menjawat apa-apa jawatan lantikan politik seperti ahli majlis, ketua kampung dan sebagainya, sekaligus menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan secara profesional.

“PKR Ampang memegang kepada prinsip undang-undang iaitu ‘seseorang itu tidak bersalah sebelum beliau didapati bersalah'” katanya.

Ia berikutan Adam sebelum ini telah ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.

Memetik laporan The Star, Adam telah digari dan disoal siasat selama beberapa jam di ibu pejabat suruhanjaya itu.

Namun menurut Sabri lagi, Adam telah menjalankan tugas sebagai ketua AMK dengan baik dan sentiasa memberi kerjasama kepada Zuraida.

Bagaimanapun memetik kenyataan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos sebelum ini, beliau sudah tahu taktik politik Zuraida dan konconya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang hanya akan melepaskan tengkuk dan tidak akan mempedulilkan Adam dalam tahanan.

Katanya kedua pemimpin tersebut hanya akan terus menafikan perkara itu dan sekaligus mengikis harta kekayaan di Selangor sahaja sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) dilaksanakan.

Mengimbas kembali perjalanan politik Adam, beliau ketika itu cuba menapak di dalam PAS Pandan bagaimanapun diselamatkan oleh Zuraida selepas ditolak oleh kepimpinan PAS.


Akhirnya selepas pemilihan PKR, beliau berjaya menjawat jawatan Ketua AMK atas dasar ‘arahan’ Zuraida. - SUMBER

Bro: Kasihanlah si budak hingusan tu... Baru setahun jagung jadi ahli politik... Apa boleh buat, pandai makan pandai simpan... Sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga...

TMJ Sedia Lepaskan Jawatan, Isu Kononnya Berpihak Kepada JDT...

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersedia melepaskan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), yang dimenangi bulan lalu, jika kehadirannya dalam badan induk itu dilihat mempengaruhi keputusan perlawanan memihak Johor Darul Ta’zim (JDT).

Tindakan itu diambil selepas beliau melihat segelintir penyokong yang sentiasa menimbulkan isu seolah-olah beliau cuba membantu JDT dengan kapasitinya selaku presiden FAM menerusi beberapa keputusan perlawanan yang berpihak kepada skuad Harimau Selatan itu.

“Ingatlah bahawa JDT memenangi piala sebelum saya menjadi presiden,” kata beliau sambil menambah, jika ada pihak yang membangkitkan isu berkenaan keputusan pengadil, pihak FAM akan menayangkan video dan penyokong boleh menilainya sendiri.

Kata beliau, sekiranya penyokong masih rasa kurang senang dengan kedudukannya sebagai presiden FAM, mereka boleh menyeru ahli gabungan masing-masing untuk mengadakan Majlis Kongres dan melantik ketua yang baharu.

“Ia bukan satu masalah yang besar. Saya menjadi presiden untuk membantu pasukan kebangsaan, meningkatkan mutu liga tempatan, memastikan bola tidak digunakan untuk agenda politik dan memusnahkan korupsi dalam bola sepak.

“Tetapi jika penyokong bola sepak tanah air merasakan saya bukan individu yang sesuai sebagai presiden, anda boleh cari presiden baru. ‘No problem’.

Beliau melahirkan pendirian itu menerusi akaun rasmi Football Association of Malaysia (Official), hari ini.

Malah, Tunku Ismail turut mengakui beliau tidak berdepan masalah untuk menyerahkan keputusan kepada penyokong bagi memilih presiden baharu jika beliau dianggap sebagai individu yang tidak sesuai menerajui organisasi terbabit.

Tunku Ismail turut mengarahkan FAM, Jawatankuasa Integriti dan Persatuan Pengadil yang menyiasat berkenaan pengadil dan sistem pengadilan yang lemah serta mencurigakan dalam beberapa perlawanan sebelum ini untuk menyelesaikannya dengan segera.

Kata Tunku Ismail, beliau mahu siasatan terperinci dilakukan sepenuhnya dan keputusannya perlu diambil minggu ini.

“Jika jelas individu terbabit gagal mengadili perlawanan dengan baik, hukuman akan dikenakan dan pengadil tersebut harus direhatkan.

“Saya juga ingin memaklumkan jika perkara ini didapati sabit kesalahan kerana unsur rasuah, pengadil tersebut harus digantung seumur hidup.

“Saya juga telah memberi semua nama dan butiran pengadil bersama semua ahli yang bertugas di dalam FAM kepada SPRM supaya pihak berkuasa boleh memantau dan memastikan tiada korupsi di dalam FAM,” kata beliau.

Tunku Ismail menambah, FAM perlu memastikan sesiapa yang terlibat dengan bola sepak di Malaysia perlu menjalankan tugas dengan penuh integriti.

Awal bulan ini, beliau menegaskan, pemain dan pegawai bola sepak yang terlibat dalam mengatur keputusan perlawanan akan digantung seumur hidup daripada sebarang aktiviti sukan itu.

Katanya, keputusan itu adalah antara sasaran baru Exco FAM untuk menangani isu rasuah dalam bola sepak negara.

Sejak dipilih sebagai presiden, beliau telah mengumumkan sejumlah keputusan drastik untuk mengubah hala tuju FAM. - sumber

RUPANYA PAS PERNAH JUMPA SUMBER SPRM @rafiziramli ...?

PAS menganggap usaha Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli untuk mengaitkan PAS dalam isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) bersandarkan maklumat daripada seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan beliau seorang yang tidak berkredibiliti dan tidak boleh dipercayai.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri mendedahkan, PAS sebenarnya pernah berjumpa dengan bekas pegawai kanan SPRM yang dimaksudkan Rafizi tersebut bagi mendapatkan penjelasan berhubung tuduhan-tuduhan yang dilemparkannya ke atas 1MDB.

Menurut beliau, PAS bagaimanapun mendapati bekas pegawai kanan SPRM itu sebenarnya seorang sumber pemberi maklumat yang kabur yang tidak boleh dijadikan asas kepada sesuatu pertuduhan.

“Persoalannya bolehkah sumber maklumat yang kabur dan tidak jelas sebegini dijadikan asas kepada sesuatu pertuduhan. Seterusnya disebarkan ke seantero dunia yang boleh menyebabkan kezaliman terhadap seseorang dengan tuduhan yang tidak selayaknya.

“Kaedah pengadilan Islam yang diterima oleh dunia pengadilan menyebut bukti adalah kewajipan ke atas pendakwa. Adakah sumber maklumat yang tidak jelas sebegitu adalah bukti. Mungkin kegelojohan mencipta isu untuk menarik khalayak bagi kepentingan politik sempit mendorong Rafizi melakukan sesuatu yang tidak beretika,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas tuduhan terbaru Rafizi iaitu ke atas bekas Naib Presiden PAS yang kini Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global (GMMF), Datuk Dr. Nasharudin Mat Isa kononnya menerima duit daripada dana 1MDB bagi mengheret sama parti itu dalam dakyah 1MDB yang dilemparkannya keatas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selama ini.

Rafizi dipercayai membuat tuduhan secara terbuka itu secara tiba-tiba bagi mengalih perhatian orang ramai daripada kisah penentangan PKR terhadap usaha memperkasakan peranan Mahkamah Syariah yang menimbulkan kemarahan umat Islam Malaysia keatas Pakatan Harapan.

Pemimpin PKR itu juga dipercayai berbuat demikian bagi memberi reputasi buruk ke atas PAS kerana PAS kini dianggap musuh Pakatan Harapan yang diketuai parti sekular DAP yang perlu ditumbangkan secepat mungkin.

Selanjutnya baca di sini

Bro: Habislah ko rafizi... Ko jentik PAS, semua rangkaian PAS sedang menuju kearah kamu... Siapa dibelakang mu? kalau dulu bukan main lagi ko Pertahankan PAS? sekarang ini bila As sudah tidak bersama, ko nak KOREK balik segala maklumat yang ko ada... Tetapi....???? Kasihan!

Kes Rasuah! Azmin & Zuraidah Takkan Pedulikan Adam...?

Ketua UMNO Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan kroninya, Zuraida Kamaruddin hanya akan bersikap lepas tangan dan tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku kepada Ketua Angkatan Muda PKR, Datuk Adam Rosly.

Ini kerana Jamal menjelaskan, kedua-dua pemimpin tersebut hanyalah mementingkan diri dan hanya terus mengutip kekayaan Selangor kerana bimbang dengan Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Adam adalah anak muda yang tak tahu apa sangat dalam politik, dia anak muda yang kurang bijak, tapi apa yang berlaku terhadap dirinya adalah kerana Azmin dan kerana Zuraida. kalau kita tengok balik Adam ni hanyalah pegawai khas kepada Zuraida sahaja tapi memiliki kekayaan luar biasa, kalau dia dah sekaya itu, bosnya apatah lagi?

“Tapi bila dah ditahan SPRM, dia lupa yang Azmin dan Zuraida tidak akan pedulikan dia pun sebab kedua-duanya hanya mementingkan diri  diri mereka sahaja,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Sabtu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas penahanan Adam oleh SPRM pada 13 April lalu bagi membantu siasatan berhubung kekayaannya yang disifatkan luar biasa.

Kekayaannya mendapat perhatian tahun lalu kerana memiliki banglo berbentuk istana di Ampang pada usia muda.

Adam bagaimanapun mempertahankan dirinya dengan memaklumkan kekayaan itu termasuk RM1 juta untuk membeli kediaman mewah itu diperolehi hasil perniagaan yang diceburinya selain mewarisi daripada keluarganya.

Beliau juga memperoleh gelaran Datuk yang dikurniakan Pahang kerana sumbangannya kepada beberapa projek di negeri berkenaan.

“Saya bersimpati dengan Adam sebab Zuraida tak akan pedulikan dia pun sebenarnya, maksudnya apa yang berlaku Adam kena tanggung sendiri lah, tapi saya yakin Adam akan dedahkan maklumat kepada SPRM tentang apa yang berlaku,” ujarnya.

Tambah Jamal, beliau akan membuat pendedahan mengenai pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa yang dibuat oleh Zuraida dalam masa yang terdekat, bersekali dengan dokumen terperinci mengenai perkara itu.

Dalam pada itu difahamkan SPRM telah merampas lima kenderaan mewah Adam iaitu kereta Toyota Vellfire, Mercedez Benz C200, BMW 5 Series, Mini Cooper dan Audi A6.

Satu daripada kenderaan itu bernombor W171V yang didaftarkan atas nama Mohd Fadhli Murzaffar beralamat Kampung Nakhoda.

Namun atas rekod ia adalah kenderaan Honda Jazz 1.5 tetapi diletakkan pada Vellfire. - sumber

Friday, 14 April 2017

NEELOFA JADI PERHATIAN DUNIA, TERSENARAI Forbes 30 Under 30 Asia 2017

Pelakon Malaysia, Neelofa berada dalam kalangan antara 300 individu tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 28, pengasas dan pengarah NH Prima International Sdn Bhd tersenarai di bawah kategori Runcit dan E-dagang.

Beliau menjalankan beberapa perniagaan termasuk jenama pakaian wanita Muslimah, "Neelofar Hijab".

Senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017 itu menampilkan 300 penginovasi muda, usahawan dan peneraju yang membawa impak besar kepada dunia hari ini.

Semua individu menerima penghargaan itu berusia di bawah 30 tahun dan dipilih oleh para penilai yang merupakan antara tokoh terkemuka dalam bidang mereka masing-masing.

Selain Runcit dan E-dagang, kategori lain termasuklah Teknologi Pengguna, Teknologi Perusahaan, Hiburan dan Sukan, Seni, Kewangan dan Modal Teroka, Industri, Pembuatan dan Tenaga, Penjagaan Kesihatan dan Sains, Usahawan Sosial dan Media, Pemasaran dan Pengiklanan.

"Senarai Forbes 30 Under 30 Asia tahun ini menonjolkan kepelbagaian bakat di rantau yang luas ini, dengan 300 usahawan muda mengagumkan daripada segenap lapisan masyarakat berusaha keras meningkatkan inovasi," kata Editor Kanan Digital, Asia at Forbes Media, Rana Wehbe dalam satu kenyataan, di sini.

"Suatu yang menarik adalah melihat bagaimana golongan muda ini menggunakan teknologi bagi menginovasikan industri mereka, memperkasakan masyarakat mereka dan menangani halangan budaya.

"Senarai tahun ini, terutamanya, menampilkan banyak individu wanita di Asia yang menyokong perubahan sosial, lari daripada stereotaip dan prejudis untuk memberi contoh positif apa yang boleh dicapai oleh wanita di rantau ini," katanya.

Turut termasuk dalam senarai 30 Under 30 Asia itu ialah Kavin Bharti Mittal dari India, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Hike Messenger, Josiah Humphrey & Mark McDonald (Australia, Pengasas Bersama Appster), Suboi (Vietnam, artis Hip Hop) Liu Wen ( China, Supermodel Antarabangsa), Chenyao Zhou (China, Rakan Kongsi di Longling Capital), Gibran Huzaifah Amsi El Farizy (Indonesia, Pengasas eFishery), Yuki Shimahara (Jepun, Pengasas LPixel Inc), Daroath Phav (Kemboja, Pengarah WaterSHED), Hyungcheol Lim & Goeun Choe (Korea Selatan, Pengasas Bersama Gameberry).

Kriteria pemilihan bagi senarai tersebut termasuklah kepimpinan dan inovasi dalam bidang mereka, pemikiran keusahawan dan keputusan yang dicapai, serta kemungkinan menukar bidang mereka dalam tempoh separuh abad akan datang.

Menurut Forbes, lebih 1,200 penyertaan diterima, tetapi hanya 300 pemohon memasuki senarai akhir.

Bagi mendapatkan senarai lengkap, berita rencana dan video eksklusif, boleh layari laman web www.forbes.com/30-under-30-asia/2017.-sumber

DOA PAGI

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
ٍ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ لِلْمُتَّقِيْنَ وَلاَ عُدْوَانَ إِلاَّ عَلَى الظَّالِمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن

Ya Allah di pagi Jumaat yang mulia ini berilah kami rahmat dan hidayah Mu Ya Allah.

Ya Allah terimalah Ibadah kami dan jadikanlah kami dari golongan orang-orang yang dapat membebaskan dari neraka Mu Ya Allah.

Ya Allah terimalah usaha kami dan amalan baik dan jauhkan kami perasaan bermegah.

Ya Allah Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami memohon kepadaMu keimanan yang sempurna, keyakinan yang sebenar bahawa tiada sesuatu yang akan menjadi milik kami melainkan apa yang telah Engkau tetapkan.

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami ilmu yang berguna agar dapat kami membaiki diri serta memberi manfaat kepada keluarga dan masyarakat setempat.

Ya Allah Ya Tuhan kami, lapangkanlah dada kami, tutupilah keburukan kami, tenteramkanlah hati kami agar kami sentiasa khusyu' beribadat kepadaMu, dengan lidah yang tidak kering menyebut namaMu.

Ya Allah kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal serta sifat pemurah agar kami terdorong untuk berbakti kepada mereka yang memerlukannya.

Ya Allah lindungilah kami daripada segala bencana, mala petaka, fitnah , khianat serta inaya daripada sumber yang nyata atau tersembunyi.

Ya Allah kami berlindung kepada Mu dari kejahatan diriku, nafsu yang menyuruh pada keburukan.

Ya Allah llindungi kami dari pujuk rayu syaitan dan manusia yang mendorong kami kapada kejahatan.

Ya Allah kami berlindung dengan Mu dari semua perbuatan yang durhaka kapada Mu.

Ya Allah jadikan kami diantara kekasih-kekasihMu, kerana kekasihMu sahaja yang mendapat rahmat dan perlindungi Mu.

Ya Allah jangan biarkan pada diri kami dosa kecuali Engkau ampunkan.

Ya Allah jangan biarkan pada diri kami kesusahan kecuali Engkau hilangkan dan jangan biarkan pada diri kami musuh kecuali Engkau damaikan.

Ya Allah kami memohon ditolakkan setiap kebencian yang bertapak di hati kami dan kami memohon diberikan setiap kecintaan yang pangkalnya redho Mu.

َYa Allah kami memohon Ya Allah, kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yang istimewa di syurgaMu Ya Allah. َ

Ya Allah Ya Ghaffar ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa kami, pasangan hidup kami, anak2 kami, kaum keluarga kami, guru-guru kami, sahabat-sahabat kami serta sekalian muslimin muslimat di mana saja mereka berada.

Selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli keluarga dan para sahabatnya.

Segala puji pujian hanya untukMu Ya Allah.
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين.ِ

🍃🍂🍃🍂🍃🍂🍃

Thursday, 13 April 2017

Punca Ustaz Kazim Tak Berhenti Ceramah...

Bersama-sama kita doakan urusan Ustaz Kazim dipermudahkan dan perjuangan beliau dirahmati...
Hulurkanlah bantuan, ringankanlah beban...

WANITA WAJIB TAHU! KAMERA "RAHSIA" DALAM TANDAS...




Kepada semua pembaca.

Mohon berwaspada dengan kaedah baru meletakkan kamera tersembunyi didalam toilet ... Sangat licik!

Sebarkan maklumat ini kepada semua, terutamanya wanita...


Semoga bermanfaat untuk semua...